Friday 10 May 2013

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah di kecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya. Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Jika hal ini tidak dibendung, masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein. Bukan itu sahaja, majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

Bukan itu sahaja, program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu. Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekali gus dapat memelihara kebersihan alam sekitar. Tegasnya,  program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Konklusi, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.




PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan hasil daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Kebanyakan sumber pencemran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan. Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.

Kesan kepada kesihatan manusia
Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga. Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan pendengaran. Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan perasaan atau ‘vasoconstriction’juga mendorong kepada dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan kepada orang ramai. Kajian pada tahun 2005 oleh penyelidik dari Sepanyol telah mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar sanggup untuk membayar sekitar empat Euro pada setiap desibel dalam tempoh setahun bagi mengurangkan bunyi.


Kesan alam sekitar
Bunyi bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat. Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.  Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat. Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut. Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.

Kesan pencemaran bunyi di UK
Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan, berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh April 2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari kediaman persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK mengeluarkan 8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta Tingkah-laku Anti-Sosial ("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12 bulan terakhir, 524 rampasan peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar suara, stereo dan televisen kuat. Majlis Dewan Bandar Westminster telah menerima aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk berbanding daerah lain di UK dengan 9,814 aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan 42.32 aduan setiap seribu penduduk. Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000 penduduk terletak di London.


Pengurangan dan mengawal bunyi
Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan kawasan tersebut. Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:
Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.
Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.
Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.
Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.





PENCEMARAN RADIOAKTIF

PENCEMARAN RADIOAKTIF 

Pencemaran radioaktif, juga dikenali sebagai pencemaran radiologikal, adalah bahan radioaktif di permukaan, atau dalam pepejal, cecair, atau gas (termasuk badan manusia), di mana kehadiran mereka tidak disengajakan atau dikehendaki, atau proses yang membebaskannya di tempat sedemikian Juga secara kurang formal bagi merujuk kepada kuantiti, terutamanya aktiviti di permukaan (atau satu unit kawasan permukaan). Pencemaran radioaktif merujuk hanya kepada kehadiran kereputan radioaktif, dan tidak memberikan sebarang petunjuk kepada magnitud ancaman terbabit.

Punca pencemaran
Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibatan ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber. Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai contoh, sekiranya radionukled digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan xenon beradioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear. Dalam kes bahan radioaktif tidak dapat dikurung, ia boleh dilarutkan kepada kepekatan selamat. Bagi perbincangan mengenai pencemaran alam sekitar oleh pemancar zarah alfa sila lihat aktinides dalam alam sekitaran. Pengurungan ialah apa yang membezakan bahan radioaktif dengan pencemaran radioaktif. Pengurungan tidak termasuk sisa bahan radioaktif baki di tapak selepas penyahtauliahan. Dengan itu, bahan radioaktif dalam bekas tertutup dan ditetapkan tidak dirujuk khusus sebagai pencemaran, sungguhpun unit ukuran masih kekal sama.

Pemantauan radioaktif
Pemantauan radioaktif membabitkan pengukuran pencemaran dos radiasi atau radionuklid bagi sebab berkait dengan penilaian atau pengawalan dedahan kepada radiasi atau bahan beradioaktif, dan penafsiran hasilnya. Metodologi dan perincian teknikal bagi reka bentuk dan operasi program pemantauan radiasi alam sekitar bagi radionuklid berbeza, perantaraan alam sekitar dan jenis kemudahan diberikan oleh Piwaian Keselamatan IAEA Siri No. RS–G-1.8 [2] and in IAEA Safety Reports Series No. 64.[3]Ukuran Pencemaran radioaktif mungkin wujud di permukaan atau dalam isipadu bahan atau udara. Dalam logi kuasa nuklear, pengesanan dan pengukuran sering kali merupakan tugas utama Ahli Fizik Kesihatan yang Disahkan.


Pencemaran permukaan
Pencemaran permukaan biasanya digambarkan dalam unit radioaktif per unit kawasan. Bagi SI, ini merupakan becquerel setiap meter persegi (atau Bq/m²). Unit lain seperti picoCurie setiap 100 cm² atau peleraian setiap minit setiap sentimeter persegi (1 dpm/cm² = 166 2/3 Bq/m²) boleh digunakan. encemaran permukaan mungkin boleh diperbaiki atau dialihkan. Dalam kes pencemaran kekal, bahan radioaktif secara takrifan tidak disebarkan, tetapi masih boleh diukur.
Ancaman
Dalam dunia semulajadi tidak terdapat radiasi sifar. Bukan hanya diseluruh dunia sentiasa do bom oleh pancaran kosmik, tetapi setiap haiwan hidup di bumi memiliki sejumlah penting karbon-14 dan kebanyakan (termasuk manusia) memiliki sejumlah penting potasium-40. Tahap rendah radiasi tidal lebih merbahaya berbanding cahaya suria, tetapi sebagaimana kuantiti melampau cahaya matahari boleh menjadi merbahayam sama juga tahap melampau radiasi.
Pencemaran tahap rendah
Ancaman kepada manusia dan alam sekitar dari pencemaran radioaktif berganting kepada sifat pencemaran radioaktif, tahap pencemaran, dan luas mana penyebaran pencemaran. Pencemaran tahap rendah memberi sedikit ancaman, tetapi masih mampu dikesan oleh peralatan radiasi. Dalam kes pencemaran tahap rendah oleh isotop dengan separuh hayat, tindakan terbaik mungkin sekadar membenarkan bahan terurai secara semulajadi. Isotop hayat lebih lama boleh dibersihkan dan dibuang dengan sempurna, kerana walaupun radiasi tahap rendah boleh mengancam nyawa apabila lama terdedah kepadanya.
Pencemaran tahap tinggi
Pencemaran tahap tinggi mungkin memberi risiko tinggi kepada manusia dan alam sekitar. Manusia boleh terdedah kepada tahap radiasi membunuh, secara luaran dan dalaman, dari penyebaran pencemaran selapsa kemalangan nuklear (atau permulaan disengajakan) membabitkan sejumlah besar bahan beradioaktif berkuantiti besar. Kesan biologi kepada pendedahan luaran kepada pencemaran radioaktif biasanya sama dengan sumber radiasi luaran tidak membabitkan bahan radioaktif, seperti mesin x-ray, dan bergantung kepada dos diserap.
Kesan biologi
Kesan biologi kepada mendakan radionuklid dalaman bergantung kebanyakannya pada aktiviti dan taburanbio dan kadar penyingkiran radionuklid, yang sebaliknya bergantung kepada bentuk kimianya. Kesan biologi juga mungkin bergantung kepada keracunan kimia bahan termendak, bebas dari keradioaktifannya. Sesetengah radionuklid mungkin tersebar secara umum dalam badan dan disingkirkan dengan pantas, sebagaimana dalam kes air tritiat. Sesetengah organ menumpukan sesetengah unsur dan dengan itu variasi radionuklid unsur tersebut. Tindakan ini mungkin mendorong kepada kadar penyingkiran lebih rendah. Sebagai contoh, kelenjar thyroid menyerap sebahagian besar peratusan iodin yang memasuki tubuh. Sekiranya sejumlah besar iodin beradioaktif dihidu atau ditelan, thyroid mungkin lumpuh atau musnah, sementara tisu lain terjejas pada kadar yang lebih rendah. Iodin beradioaktif adalah hasil fision nuklear biasa; ie merupakan komponen utama radiasi dibebaskan dari akibat bencana Chernobyl, mendorong kepada sembilan kes kematian barah thyroid pediatrik dan hypothyroidism. Sebaliknya, iodin radioaktif digunakan dalam diagnosis dan rawatan kebanyakan penyakit thyroid khususnya kerana pengambilan iodine khas oleh thyroid.
Cara pencemaran
Pencemaran radioaktif mampu memasuki tubuh melalui penghadaman, menghidu, penyerapan melalui kulit, atau suntikan. Oleh sebab ini adalah penting bagi menggunakan peralatan perlindungan peribadi apabila mengendalikan bahan radioaktif. Pencemaran radioaktif juga mungkin diserap akibat memakan tumbuhan dan haiwan yang tercemar atau meminum air atau susu dari haiwan yang terdedah. Berikutan selepas kejadian pencemaran teruk, kesemua laluan berpotensi bagi pendedahan dalaman perlu difikirkan.


PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN AIR 



Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut. Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan. Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.





PENCEMARAN UDARA







PENCEMARAN UDARA



Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.



KESAN PENCEMARAN 









Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus. Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penyusutan lapisan ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.
Hujan asid
Rencana utama: hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang serta tidak subur.
Kesan rumah hijau dan pemanasan global
Rencana utama: kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera
Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.





Thursday 9 May 2013

PENGENALAN KEPADA PENCEMARAN



Pencemaran

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.





Bentuk pencemaran
Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.


BIODATA PENGARANG



BIODATA





NAMA                                                   : THAMAYANTHI A/P MUTHUKRISHNAN

UMUR                                                   : 28 TAHUN

KUMPULAN/ UNIT                             : KDPM/ KDC – AMBILAN NOVEMBER 2010 (PT4)

PROGRAM & AMBILAN                    : PROGRAM KDPM/ KDC PT AMBILAN NOVEMBER 2010
                                                                (PERINGKAT 4)

OPSYEN                                               : BAHASA TAMIL/ MATEMATIK/ KAJIAN TEMPATAN 

ALAMAT EMAIL                                 : THAMA_CUTEGAL@YAHOO.COM

PEKERJAAN                                        : GURU

TEMPAT BEKERJA                             : SJKT SLIM VILLAGE, 35800 SLIM RIVER, PERAK

HOBI                                                     : MENDENGAR LAGU & MENGUMPUL SETEM

MAKANAN KEGEMARAN                : KFC & PIZZA