PENCEMARAN RADIOAKTIF
Pencemaran
radioaktif, juga dikenali sebagai pencemaran radiologikal, adalah bahan
radioaktif di permukaan, atau dalam pepejal, cecair, atau gas (termasuk badan
manusia), di mana kehadiran mereka tidak disengajakan atau dikehendaki, atau
proses yang membebaskannya di tempat sedemikian Juga secara kurang formal bagi
merujuk kepada kuantiti, terutamanya aktiviti di permukaan (atau satu unit
kawasan permukaan). Pencemaran radioaktif merujuk hanya kepada kehadiran
kereputan radioaktif, dan tidak memberikan sebarang petunjuk kepada magnitud
ancaman terbabit.
Punca pencemaran
Pencemaran
radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa
penghasilan atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil
yang memiliki tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear
fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibatan ledakan nuklear.
Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai
istilah sumber. Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau
zarah. Sebagai contoh, sekiranya radionukled digunakan dalam perubatan nuklear
tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika
mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak
disengajakan proses tertentu, seperti pembebasan xenon beradioaktif dalam
pemprosesan bahan api nuklear. Dalam kes bahan radioaktif tidak dapat dikurung,
ia boleh dilarutkan kepada kepekatan selamat. Bagi perbincangan mengenai
pencemaran alam sekitar oleh pemancar zarah alfa sila lihat aktinides dalam
alam sekitaran. Pengurungan ialah apa yang membezakan bahan radioaktif dengan
pencemaran radioaktif. Pengurungan tidak termasuk sisa bahan radioaktif baki di
tapak selepas penyahtauliahan. Dengan itu, bahan radioaktif dalam bekas
tertutup dan ditetapkan tidak dirujuk khusus sebagai pencemaran, sungguhpun
unit ukuran masih kekal sama.
Pemantauan
radioaktif
Pemantauan
radioaktif membabitkan pengukuran pencemaran dos radiasi atau radionuklid bagi
sebab berkait dengan penilaian atau pengawalan dedahan kepada radiasi atau
bahan beradioaktif, dan penafsiran hasilnya. Metodologi dan perincian teknikal
bagi reka bentuk dan operasi program pemantauan radiasi alam sekitar bagi
radionuklid berbeza, perantaraan alam sekitar dan jenis kemudahan diberikan
oleh Piwaian Keselamatan IAEA Siri No. RS–G-1.8 [2] and in IAEA Safety Reports
Series No. 64.[3]Ukuran Pencemaran radioaktif mungkin wujud di permukaan atau
dalam isipadu bahan atau udara. Dalam logi kuasa nuklear, pengesanan dan
pengukuran sering kali merupakan tugas utama Ahli Fizik Kesihatan yang
Disahkan.
Pencemaran
permukaan
Pencemaran
permukaan biasanya digambarkan dalam unit radioaktif per unit kawasan. Bagi SI,
ini merupakan becquerel setiap meter persegi (atau Bq/m²). Unit lain seperti
picoCurie setiap 100 cm² atau peleraian setiap minit setiap sentimeter persegi
(1 dpm/cm²
= 166 2/3 Bq/m²) boleh digunakan. encemaran permukaan mungkin boleh diperbaiki
atau dialihkan. Dalam kes pencemaran kekal, bahan radioaktif secara takrifan
tidak disebarkan, tetapi masih boleh diukur.
Ancaman
Dalam
dunia semulajadi tidak terdapat radiasi sifar. Bukan hanya diseluruh dunia
sentiasa do bom oleh pancaran kosmik, tetapi setiap haiwan hidup di bumi
memiliki sejumlah penting karbon-14 dan kebanyakan (termasuk manusia) memiliki
sejumlah penting potasium-40. Tahap rendah radiasi tidal lebih merbahaya
berbanding cahaya suria, tetapi sebagaimana kuantiti melampau cahaya matahari
boleh menjadi merbahayam sama juga tahap melampau radiasi.
Pencemaran
tahap rendah
Ancaman
kepada manusia dan alam sekitar dari pencemaran radioaktif berganting kepada
sifat pencemaran radioaktif, tahap pencemaran, dan luas mana penyebaran
pencemaran. Pencemaran tahap rendah memberi sedikit ancaman, tetapi masih mampu
dikesan oleh peralatan radiasi. Dalam kes pencemaran tahap rendah oleh isotop
dengan separuh hayat, tindakan terbaik mungkin sekadar membenarkan bahan
terurai secara semulajadi. Isotop hayat lebih lama boleh dibersihkan dan
dibuang dengan sempurna, kerana walaupun radiasi tahap rendah boleh mengancam
nyawa apabila lama terdedah kepadanya.
Pencemaran
tahap tinggi
Pencemaran
tahap tinggi mungkin memberi risiko tinggi kepada manusia dan alam sekitar.
Manusia boleh terdedah kepada tahap radiasi membunuh, secara luaran dan
dalaman, dari penyebaran pencemaran selapsa kemalangan nuklear (atau permulaan
disengajakan) membabitkan sejumlah besar bahan beradioaktif berkuantiti besar.
Kesan biologi kepada pendedahan luaran kepada pencemaran radioaktif biasanya
sama dengan sumber radiasi luaran tidak membabitkan bahan radioaktif, seperti
mesin x-ray, dan bergantung kepada dos diserap.
Kesan
biologi
Kesan
biologi kepada mendakan radionuklid dalaman bergantung kebanyakannya pada
aktiviti dan taburanbio dan kadar penyingkiran radionuklid, yang sebaliknya
bergantung kepada bentuk kimianya. Kesan biologi juga mungkin bergantung kepada
keracunan kimia bahan termendak, bebas dari keradioaktifannya. Sesetengah
radionuklid mungkin tersebar secara umum dalam badan dan disingkirkan dengan
pantas, sebagaimana dalam kes air tritiat. Sesetengah organ menumpukan
sesetengah unsur dan dengan itu variasi radionuklid unsur tersebut. Tindakan
ini mungkin mendorong kepada kadar penyingkiran lebih rendah. Sebagai contoh,
kelenjar thyroid menyerap sebahagian besar peratusan iodin yang memasuki tubuh.
Sekiranya sejumlah besar iodin beradioaktif dihidu atau ditelan, thyroid
mungkin lumpuh atau musnah, sementara tisu lain terjejas pada kadar yang lebih
rendah. Iodin beradioaktif adalah hasil fision nuklear biasa; ie merupakan
komponen utama radiasi dibebaskan dari akibat bencana Chernobyl, mendorong
kepada sembilan kes kematian barah thyroid pediatrik dan hypothyroidism.
Sebaliknya, iodin radioaktif digunakan dalam diagnosis dan rawatan kebanyakan
penyakit thyroid khususnya kerana pengambilan iodine khas oleh thyroid.
Cara
pencemaran
Pencemaran
radioaktif mampu memasuki tubuh melalui penghadaman, menghidu, penyerapan
melalui kulit, atau suntikan. Oleh sebab ini adalah penting bagi menggunakan
peralatan perlindungan peribadi apabila mengendalikan bahan radioaktif.
Pencemaran radioaktif juga mungkin diserap akibat memakan tumbuhan dan haiwan
yang tercemar atau meminum air atau susu dari haiwan yang terdedah. Berikutan
selepas kejadian pencemaran teruk, kesemua laluan berpotensi bagi pendedahan
dalaman perlu difikirkan.
Perfect information which is really useful...well done
ReplyDelete