PENCEMARAN
UDARA
Pencemaran
udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia,
jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat,
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam
sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan,
logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran
udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara
melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan
asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap
kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
KESAN PENCEMARAN
Kesihatan
manusia
Kesan
utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan
tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu
mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan
akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk,
asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata
manusia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak
3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan
kenderaan.
Tumbuhan
Kesan
kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun),
klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.Kesan ini juga akan
menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan
mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan
Haiwan
akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan
daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan
Kesan
kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya. Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus. Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat
kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.
Penyusutan
lapisan ozon
Pencemaran
udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
Di samping itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya
pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia
mengalami ketidakseimbangan.
Hujan
asid
Rencana
utama: hujan asid
Hujan
asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen
oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid
tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat
di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Tambahan
pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain
itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang serta tidak subur.
Kesan
rumah hijau dan pemanasan global
Rencana
utama: kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan
yang paling ketara dan sedang hangat diperbincangkan oleh seluruh negara pada
masa kini adalah tentang kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon juga menjadi punca
kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu
bumi adalah disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak telah menyebabkan haba di
bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini.
Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Atmosfera
Kesan
terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan
jarak penglihatan akibat jerebu.
Pencemaran-pencemaran tersebut harus diatasi secepat mungkin supaya tidak memberi lebih banyak impak yang negatif...
ReplyDelete