PENCEMARAN AIR
Punca
utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis
manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke
dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang
babi pada tahun 1980-an.Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga
menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik
dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam
sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di
Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam
pekat apabila sampai ke laut. Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron
telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan
kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak
mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia
tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan
dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron
Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi
memperbetulkan keadaan. Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa
kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa
negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam
tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan
hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China
Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar
laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah
wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.
this video clip is very nice and good. thanks for upload teacher.
ReplyDelete